Abdullah Hassan (1997: 248) membahagikan
laras bahasa kepada beberapa jenis, iaitu:
1.Laras Bahasa Umum
2.Laras Bahasa Teknikal
3.Laras Bahasa Undang-undang
4.Laras Bahasa Agama
5.Laras Bahasa Himbauan
6.Laras Bahasa Klasik
7.Laras Bahasa Kreatif
8.Laras Bahasa Kanak-kanak
Laras Bahasa IklanLaras Bahasa Umum
Ciri-cirinya:
1.Tidak mengandungi istilah teknikal.
2.Menggunakan ayat yang berstruktur mudah.
3.Tidak banyak menggunakan kata pinjaman.
Laras Bahasa Teknikal
Ciri-cirinya:
1.Banyak menggunakan istilah khusus dalam bidang tertentu.
2.Mengandungi ilustrasi (gambar rajah, jadual, graf, peta, dll.).
3.Struktur ayat: mengandungi subjek dan predikat.
4.Mengandungi ayat yang mendefinisikan makna istilah.
Contoh Laras Bahasa Umum (Akhbar)
Potong gaji jika salah guna kenderaan
rasmi: KSN
PUTRA JAYA: Ketua atau pegawai jabatan yang
menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk
majlis bukan rasmi atau yang tidak diiktiraf kerajaan
akan dikenakan tindakan tatatertib, termasuk boleh
dipotong gaji.
Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri
Samsudin Osman mengarahkan semua ketua
jabatan supaya memantau bagi memastikan
kenderaan rasmi kerajaan tidak disalah guna oleh
mana-mana pihak.
5.Tidak mengandungi unsur bahasa perlambangan dan bunga-bunga bahasa.
6. Tidak mengandungi ayat yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna dan cara.
Laras Bahasa Undang-undang
Ciri-cirinya:
1.Tidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual, dan sebagainya.
2. Struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang, diikuti oleh syarat, dan diakhiri dengan keputusan undang-undang.
3. Terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks teknikal yang lain.
Contoh Laras Bahasa Teknikal
Di peringkat menengah atas, di samping terdapat
sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah
swasta perdagangan, vokasional dan teknik.
Sekolah-sekolah ini mengadakan berbagai-bagai
kursus. Pada tahun 1978, terdapat 191 buah
sekolah jenis ini dengan 928 orang guru dan 37,709
orang murid. Jadual 12 menunjukkan bilangan
sekolah swasta yang memberikan pendidikan
perdagangan, vokasional dan teknik, jumlah guru
dan murid bagi Semenanjung, Sarawak, dan SabahContoh Laras Bahasa Undang-Undang
PERLEMBAGAAN UNIVERSITI PERTANIAN
MALAYSIA
AKTA UNVERSITI PERTANIAN MALAYSIA
(PEPERIKSAAN) 1980 PERATURAN-PERATURAN
UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (RAYUAN
1987)
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh perenggan 12 Akta Universitas Pertanian Malaysia
(Peperiksaan) 1980, Senat Universiti Pertanian
Malaysia membuat peraturan yang berikut:
Nama dan Mula Berkuatkuasa:
1. Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan Universiti Pertanian
Malaysia(Rayuan)
1987dan hendaklah disifatkan sebagai mula berkuatkuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh Senat.
Laras Bahasa Agama
Ciri-cirinya:
1.Terdapat unsur bahasa klasik , terutama pada kosa katanya.
2.Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama.
3.Banyak mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat.
Laras Bahasa Himbauan
Ciri-cirinya:
1.Banyak menggunakan perkataan yang membawa makna ajak atau tegah.
2.Banyak menggunakan contoh, kes atau cerita yang selaras dengan tajuk.
3.Mengemukakan faedah daripada sesuatu perbuatan.
Laras Bahasa Kreatif
Ciri-cirinya:
1.Menggunakan struktur ayat aktif dan ayat pasif.
2.Menggunakan bentuk dialog atau kata bual seperti dalam skrip drama.
3.Menggunakan bahasa perlambangan dan kiasan.
4.Bersifat kreatif imaginatif, menggunakan bunga bahasa, dan bahasa hiasan.
5.Tidak terdapat ciri khusus bahasa teknikal dan penggunaan ilustrasi.
6.Terdapat unsur ambiguiti (ketaksaan) dari segi penggunaan kata dan struktur ayat.
7.Terdapat penyimpangan (deviasi) dari segi fonologi, morfologi atau sintaksis.
8.Menggunakan alat stilistik untuk tujuan menimbulkan kesan, misalnya menggunakan unsur imejan.
Laras Bahasa Kanak-kanak
Ciri-cirinya:
1.Kosa katanya terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja, dan kata adjektif.
2.Bilangan atau jumlah kosa katanya kurang berbanding dengan kosa kata orang dewasa.
3.Bilangan imbuhan yang digunakan agak terhad, malah imbuhan yang digunakan untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini.
4.Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk tunggal.
5.Bahasa perlambangan tidak digunakan, begitu juga bentuk-bentuk bunga bahasa.14